Saturday, March 15, 2014

Inspirasi Super Wahm Super Mom

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM.

Kenapa saya dan rakan-rakan WAHM yang lain cukup positif serta suka untuk mengajak kaum ibu yang bekerjaya, mempertimbangkan pilihan bekerja dari rumah? Saya petik salah satu perenggan kesukaan saya.

"Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat"
Masayu Ahmad 24.2.2013

Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.

Sumber: http://www.studiokenaria.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html#more

Monday, March 3, 2014

Ulasan Anys Idayu

Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan.  Saya sangat seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super wahm super mom ini.
 
Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.  Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri.  Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga dapat diuruskan dengan sempurna.
Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar sepenuhnya.  Dengan cara ini, insya Allah pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.
WAHM yang membawa maksud work at home mom (menguruskan dua perkara iaitu bekerja atau bisnes dan rumahtangga).  Ini merupakan trend yang sangat popular kini. Sudah ramai wanita yang menjadi wahm dan melakukannya secara sepenuh masa atau sambilan.  Walau bagaimanapun, masih ada persoalan daripada ramai yang masih keliru sama ada mahu terus bekerja atau berhenti untuk menguruskan bisnes yang sedang rancak naik.  Sebenarnya semua jawapan bagi persoalan ini sudah terjawab dalam ebook ini.  Bagi yang masih keliru untuk memilih, Insya Allah jika kalian membaca ebook ini pasti kalian lebih yakin untuk membuat keputusan.
Dalam ebook ini juga ada perkongsian daripada Puan M yang berkongsi delima, terpaksa berhenti bekerja kerana keadaan kesihatan yang sangat merosot dan keadaan kewangan yang tidak stabil. Tapi tiada pilihan lain. Cari peluang yang boleh membantu menjana pendapatan. Ia tidak mudah dan memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan.  Kembali pada Allah, diberikan satu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui.  Punca rezeki juga dari Allah.  Insya Allah tetapkan hati, rezeki di mana-mana. Cari dan gali semangat dan peluang baru.  Situasi terkini Puan M, boleh diikuti dalam ebook ini.
‘’Sekarang baru perasan yang rupanya mak bekerja dari rumah dan bisnes sendiri sebab mahu pastikan anak-anak sentiasa depan mata dan selamat.  Satu pekerjaan yang ramai ibu-ibu masa kini yang memegang ijazah, master dan PHD impikan. Bidang yang dulu saya benci tapi kini menjadi sumber pendapatan dan suatu yang suka saya buat dan saya sayang bisnes saya.  Kini saya adalah imej pada mak saya satu ketika dulu’’ (Pn Fauziah Ahmad, www.mybabyberries.com)
''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya percaya kita dipermudahkan.  Ramai yang membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami yang bergelar doktor.  Namun sebagai hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''(Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor)
Penulis ada menyentuh pelbagai aspek tentang cara bagaimana menguruskan stress supaya semua aktiviti dan tugasan dapat diuruskan dengan sempurna.  Bagaimana mahu memotivasikan diri yang akan lemau apabila berdepan dengan situasi stress. Malah turut ada perkongsian dan pandangan serta pengalaman ibu-ibu dalam menguruskan masa dan cabaran membesarkan anak-anak.  Dalam masa yang sama turut melakukan bisnes sebagai sumber rezeki.
Bergerak tidak bertangguh dalam menguruskan masa dan menyelesaikan matlamat yang perlu dicapai supaya pengurusan masa dapat diuruskan dengan success.  Penting bagi kita yang memilih untuk menjadi WAHM, muhasabah dan lihat kembali apa sebenarnya matlamat yang kita mahukan.  Jadikan ia sebagai matlamat utama. 
Seperti kata penulis, sangat penting uruskan sibuk yang terurus. Cuba buat agihan tugas  mengikut keutamaan.  Salah satunya ubah kebiasaan.  Rancang ruti kerja sehari, seminggu, sebulan dan setahun. Senarai kerja bukan hanya perlu untuk wanita yang bekerja di pejabat. Malah suri juga perlu ada senarai kerja yang mahu dilakukan keesokkan hari supaya hari tersebut dapat berlalu dengan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang serta dapat menyudahkan semua dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.  Setiap orang memiliki putaran 24 jam yang sama.  Maka perancangan yang jelas spesifik dan realistic perlu untuk membantu mencapai matlamat.
Ebook ini berkongsi banyak tentang cara dan tip mengurus rumahtangga serta keluarga.  Tips urus tenaga yang super sibuk dengan tugasan harian serta anak-anak yang memerlukan perhatian setiap masa. Cara mengawal semangat yang teruk ketika melihat kerja rumah yang terlampau banyak, perlu ada motivasi supaya tidak mudah merundum.  Jika ibu yang tidak pandai menguruskan masa dan aktiviti dengan terancang, maka itu yang akan menyebabkan mereka mudah stress, mudah marah dan akhirnya anak-anak yang akan menjadi mangsa.
 
Amalkan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar ketika mahu tidur.  Hilang segala kepenatan dengan limpahan kasih sayang Allah. Antara zikir yang dikongsi oleh penulis seperti yang disarankan oleh Rasulullah kepada salah seorang isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.
Tidak kita apa pun jawatan dan tugas yang kalian lakukan, selagi kalian bergelar wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga, ebook ini memang sangat sesuai dijadikan bahan bacaan motivasi supaya semangat tidak sentiasa merundum, tidak lemau dan cepat putus asa walau pelbagai cabaran yang hadir. 
Saya sendiri membacanya berulang kali. Setiap kali baca pasti akan bersemangat. Fikir dan sentiasa letakkan diminda, semat kuat-kuat apa matlamat sebenarnya kita mahu dalam menguruskan keluarga dan mencari pendapatan.   Jika rasa tidak bersemangat, bacalah ebook ini.  Insya Allah jika kita baca dengan hati yang ikhlas kerana untuk mendapat semangat baru, pasti Allah buka pintu hati kita

Ulasan Puan Durra

Inspirasi super wahm super mom

http://studiokenaria.blogspot.com/2013/10/inspirasi-super-wahm-super-mom.html

Inspirasi Super Wahm, Super Mom

Masih tertanya-tanya samada pilihan untuk bekerja dari rumah adalah langkah yang betul? Mungkin ada yang masih berbelah bagi, samada kerana tiada sokongan dari keluarga & rakan-rakan. Atau mungkin juga tiada kenalan yang boleh dijadikan panduan atau contoh.

Saya juga mengalami masalah yang lebih kurang sama pada awalnya. Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun ke-5 saya bergelar Work At Home Mom. Pada ketika itu, kebanyakan bahan bacaan yang menjadi rujukan saya adalah terbitan dalam bahasa inggeris. Dan satu-satunya buku yang saya menceritakan 101 kisah-kisah inspirasi ibu-ibu yang bekerja dari rumah ialah, Chicken Soup for the Soul: Power Moms.

Tapi kini, atas usaha Puan Masayu Ahmad, buku Super Wahm, Super Mom telah diterbitkan pada Mac tahun 2013. Apa yang menarik tentang ebook ini ialah, selain tips untuk menguruskan rumah sambil menjalan perniagaan SOHO, ia turut memaparkan pengalaman 15 wanita yang bergelar WAHM